Tuesday, May 12, 2009

Rayuan Berjaya

Oleh : Firdaus

Tahniah kerana rayuan yang dikemukakan di mahkamah rayuan berjaya. Saya mengharapkan agar sesuatu dapat berlaku. Sekurang-kurangnya, speaker dewan yang baru boleh memanggil sidang DUN tergempar bagi bagi menyingkirkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak BONEKA yang sah.

Rakyat Perak khususnya orang Melayu harus sedar akan kesan yang bakal mereka hadapi sekiranya Pilihanraya Baru Negeri Perak diadakan. Pembangkang Melayu pula khususnya lahir dari PAS tidak boleh sewenang-wenangnya menuntut sesuatu yang bisa mencabar kewibawaan and keistimewaan orang Melayu.

Perlu diingat, stategi yang dimainkan pihak DAP amat dasyat sekali. Mari imbas kembali apa yang terjadi selepas pilihanraya umum ke-12 tahun lalu. DAP memprotes kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar. Akhirnya, mereka terpaksa menerima DS Nizar sebagai MB dan menjadikan beliau sebagai BONEKA.

Tentu sekali pada kali ini mereka akan mengamalkan sikap yang lebih berhati-hati dalam meletak calon untuk bertanding. Saya meramalkan, DAP berkemungkinan besar akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu kerana seandainya pembangkang berjaya menawan kembali Perak, mereka tidak lagi memerlukan boneka dari PAS untuk memenuhi impian mereka.

Apapun, seandainya Pilihanraya berlaku, UMNO jangan gentar untuk berlawan. Dan pesanan untuk PAS, dapatkan sebanyak kawasan untuk bertanding. Andainya mana-mana parti kalah, biarlah kalah dengan maruah, dan bangkit dengan penuh gah, asalkan martabat bangsa dan agama dapat dipertahankan. Kepada pembaca, sedarlah, pilihan di tangan anda. Kita jangan hanya fikir untuk diri kita hari ini.

Fikirkan nasib anak-cucu kita di masa hadapan. Ingat, kita masih belum mampu untuk berdiri tegak sendiri. Ayat ini mungkin agak menyakitkan, namun itulah realitinya. (Saya akan ulas di dalam artikal seterusnya).

Sudah terhantuk, baru nak terngadah?

No comments:

Post a Comment