Tuesday, April 21, 2009

Bila Guan Eng Marah Anwar


Guan Eng dikatakan amat kecewa dan marah dengan sikap ‘lepas tangan’ dan ‘tidak peduli’ Anwar berkenaan kes politik PKR di Pulau Pinang. Guan Eng kecewa kerana dia sendiri hanya tahu Fairus letak jawatan melalui akhbar. Bayangkan, dengan kerjasama yang baik antara DAP-PKR sebelum ini, Guan Eng tetap bosan dan kecewa dengan politik Anwar. Sudahlah PKR bermasalah, Anwar sendiri buat macam tak tahu dan lepas tangan. Guan Eng memang kecewa.

Anwar dikhabarkan berada di luar Negara pada ketika ini. Baru sahaja diwawancara sebuah stesen antarabangsa mengenai politik Malaysia. Banggalah konon, bilamana dia dikatakan sebagai ‘the x factor’ kepada penyerlahan demokrasi di Malaysia. Keluar balik cerita mata lebam, tidur atas lantai, dipukul dan dihenyak. Bukannya ada modal lain pun. Itulah modal Anwar dari dulu. Cerita lama…tak pernah improve.

Kita faham, Guan Eng memerlukan segala bantuan dan pertolongan untuk memastikan kepimpinan Pulau Pinang akan kekal kepada DAP (Pakatan Rakyat) dalam pilihanraya akan datang. Setakat ini, agenda ketelusan dan pembersihan, tidak nampak sangat adanya ‘nanah’ di dalam kepimpinan BN lama di bawah Koh Tsu Koon. Koh tidak ada nampaknya menggunakan wang kerajaan Negeri untuk melawat Disneyland - atas alasan lawatan sambil belajar, mengenai ’sistem saliran’!!! Koh Tsu Koon masih penuh integriti.

Tanpa kelemahan penggunaan wang Disneyland dan penggunaan wang BALKIS dan agensi Kerajaan Negeri; Guan Eng hanya tinggal performance dan kemampuan pengurusan. Tidak ada yang lain. Kalau gagal juga, bererti dia mencari masalah. Setakat ini, PKR sedikitpun tidak membantu dan hanya lebih merosakkan imej DAP. Guan Eng hilang sabar.

Guan Eng menganggap kepimpinan di Pulau Pinang ini sangat ‘pertinent’ dalam menentukan kepimpinan ‘Cina’ yang mampu dan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jika kalangan pimpinan sendiri korup dan longgar disiplin - Guan Eng berhak berasa marah dan kecewa.

Anwar perlu kerja keras untuk memastikan Guan Eng akan kembali ‘hormat’ kepadanya seperti dahulu. Masalah Fairus dengan Zahrain Gemuk - perlu diselesaikan seberapa segera. Fairus dengan Zahrain, ini sama sahaja naik korupsinya. Tidak ada yang lebih baik dari yang satu lagi. Demikianlah buruknya PKR di Pulau Pinang.

Dalam keadaan imej parti dan kerajaan Pulau Pinang yang sedemikian ‘teruk’ sekalipun, Anwar masih mahu bermain dan bersikap tidak peduli. Sengaja, atau memang sudah tidak mampu mengawal anggota bawahan. Tersepit, antara kawan dan imej parti? Tersepit antara Fairus dan Zahrain?

Anwar mesti cepat turun ke bawah dan menyelesaikan segala macam ‘gawat politik’ di Pulau Pinang. Ya, mungkin BN tidak akan bertanding - tetapi imej dan pembawaan parti tetap rosak teruk dan tidak mampu lagi nak diperbaiki. Anwar pasti faham dengan keadaan ini.

p/s: cepat balik Pak Sheikh…

Kerajaan 16 September yg Gagal

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani suratuntuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.


Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran,  Dr. Puad Zarkashi  dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.


Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.


Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong  bagi mendapatkan persetujuan  melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.


Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr.Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..”


Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.


“I need more  Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.


Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat  Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.


Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sadar menandatangani surattersebut, jelasnya lagi.


Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.


Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah  di Selangor.


Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.


“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah civil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.


Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.


Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima talipon lagi daripada Dr. Rahim Ghous.


Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya signsurat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”. kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.


“Kalau saya sign, saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO di nobatkan”, tegas beliau lagi.


“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.


Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.


Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.


Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.


Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.


 

Tak Tumbuh Tak Melata

Letak Galah Dalam Padi

Tak Sungguh Kehendak Kita

Kehendak Allah Yang Jadi


-Mr F 

sumber

Wednesday, April 8, 2009

UMNO Penderhaka????

Salam.


Masih fresh lagi blog ni. Tapi saya masih ingin menyatakan apa yang menarik minat saya pada kali ini. Dulu tatkala UMNO menuduh Nizar sebagai penderhaka, imej tersebut terpalit kembali kepada UMNO kerana beberapa kisah yang amat mendukacitakan. Namun, apabila cerita-cerita yang dibawakan oleh seorang yang tamak kuasa (ditegaskan kembali) iaitu DSAI, dengan perjuangan atas nama rakyat, saya rasa terpanggil untuk memberikan peluang kepada semua pembaca mengenai kisah-kisah yang dibangkitkan.


a. Dikatakan Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 da membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau. Tindakan DOJ dianggap derhaka, mengapa Nizar yang membantah titah sultan pada era 2009 tidak membawa diri ke mana-mana pulau. Mungkin demi pangkat dan kuasa agaknya atau ada orang yang memainkan peranan di belakang beliau agar dipaksa meletak jawatan?


b. Pada tahun 1974, dikatakan Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal memegang jawatan hanya dua tahun sahaja. Namun, perjanjian ini tidak ditunaikan sehingga Sultan murka sehingga bernazar tidak mahu bercukur jambang. Perkara ini dimainkan oleh pembangkang menyatakan Tan Sri GJ adalah penderhaka. Namun tidakkah dapat kita samakan dengan Nizar perkara ini dengan apa yang berlaku di mana pembangkang bersetuju bahawa Sultan wajar mengetepikan TS GJ, namun Sultan Perak tidak boleh mengenepikan Nizar yang hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat Negeri Perak!


c. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, dikatakan Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Perkara ini juga hangat diperkatakan. Namun, mengapa tidak dinyatakan apa yang berlaku ketika itu. Adakah sengaja menyembunyikan fakta? Tidakkah pembaca tahu bahawa kritikan dibina kerana pihak istan memintak peruntukan melampau sehingga menjejaskan hak rakyat ketika itu. "Tuanku, perbendaharaan negeri sudah tidak cukup wang dan yang tinggal hanya untuk rakyat". Akhirnya, demi menghormati istana. Datuk Rahim meletak jawatan agar keadaan politik kembali stabil. Mengapa fakta ini disembunyikan? Nizar tidak mahu ambil contoh Datuk Rahim sebagai iktibar?


d. Kes paling hangat, pada tahun 1983, dikatakan UMNO mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengistiharaan darurat. Majlis Raja-raja menolak cadangan ini. Namun mari kita lihat kes a sehingga d. Itu adalah sebab-sebab mengapa perlembagaan dipinda. Perkara yang dirahsiakan lagi, tidakkan pembaca tahu bahawa sewaktu usul ini dibawakan, semua parti termasuk PAS meluluskan usul ini sebulat suara. Siapakah pemimpin mereka ketika ini? Tanyalah mereka!


e. Dikatakan pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, perwakilan meminta supaya harta-harta raja Melayu disiasat.Namun bukankah kehendak ini seiring dengan kelulusan pindaan perlembagaan 1983 yang di sokong PAS ketika itu??? DSAI tak nak jawab ke sedangkan DSAI adalah salah seorang yang menjadi pengundi bagi usul ini? Takutkan bayang-bayang sendiri ke?


f. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri Besar Perlis,dikatakan pembangkang sebagai derhaka. Kalau boikot dikira derhaka, tindakan membantah titah sultan macam yang Nizar buat pula mahu dinamakan apa? Pembela?

Fikir dan renung-renungkan.


- Mr F

Sumber

Kisah Tun Perak dan Raja

Katanya orang UMNO ni tak baca hikayat hang tuah. Kata ini diucapkan oleh seorang pemimpin parti pembangkang yang gila dan tamakkan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan rakyat demi kepentingan diri dan keluarga. Mari kita mengimbas kembali Hikayat Hang Tuah ni yang bergelar DSAI!

DSAI berkata dalam ceramahnya di Kg. Acheh, Bukit Gantang pada 19 Mac 2009 yang lalu bahawa Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bukan Hang Tuah atau Hang Jebat seperti yang digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah. Ini kerana Hang Tuah adalah seorang yang setia membuta tuli dengan dialog ‘pantang Melayu derhaka’ dan Hang Jebat seorang yang derhaka kepada raja dan membunuh rakyat jelata dengan slogannya ‘Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

Beliau menyamakan Nizar dengan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498) yang memainkan peranan sebagai penasihat kepada Raja. Ini bagi maksud
mempertahankan tindakan Nizar dan Karpal Singh untuk mencabar keputusan Sultan Azlan Shah dalam memilih kerajaan dan Menteri Besar yang baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya apabila Raja menitahkan Tun Perak supaya membunuh Laksamana Hang Tuah kerana difitnah berzina dengan gundek Raja, Bendahara Tun Perak telah bertindak menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Ini menyebabkan Hang Jebat mengamuk dan derhaka kepada Raja dengan menduduki istana, berzina dengan gundek Raja, termasuk Dang Anum serta membunuh rakyat jelata.

Raja kemudiannya bersedih hati dan menyesal kerana menitahkan Bendahara Tun Perak ‘membunuh’ Hang Tuah. Disinilah Bendahara Paduka Raja Tun Perak ‘mohon sembah derhaka’ kerana tidak melakukan titah seperti yang diarahkan. Hang Tuah keluar dari penyembunyian untuk membunuh saudaranya Hang Jebat.

‘Sembah derhaka’ inilah menurut DSAI yang dilakukan oleh Nizar kepada Sultan Perak apabila baginda menitahkan supaya Nizar meletakkan jawatan dan memilih Dr. Zambri Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru akibat Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri.

DSAI menyindir dan memperlekehkan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO yang yang hadir kononya tidak membaca Hikayat Hang Tuah. Menurutnya, orang yang menuduh Nizar sebagai derhaka kepada Raja adalah fitnah yang jahat.

Sebenarnya DSAI lah yang harus membaca kitab tersebut dengan teliti dan membuat kiasan yang tepat daripada membuat perbandingan-perbandingan yang salah. Cerita beliau tidak lengkap.

Pertamanya, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak tidak tepat dibandingkan dengan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang ke 8 dan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) bukan merupakan Raja yang pintar dan cerdik seperti Sultan-sultan yang terdahulu daripadanya, seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda adalah merupakan sultan yang kejam dan zalim kepada rakyat. Ini terbukti seperti yang terdapat dalam syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang gagal itu.

Sultan Azlan adalah seorang Raja yang adil dan cukup tinggi ilmu serta pengalaman memerintah. Beliau adalah bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani dan dihormati baik dalam dan luar negara. Pendiriannya sering berkecuali dalam politik melainkan apabila baginda merasakan Bangsa dan Agamanya mulai terancam. Bukankah ini peranan yang harus dimainkan oleh seorang Raja sebagai pelindung kepada Bangsa dan Agama kaumnya.

Dalam krisis di Perak, Baginda bukan sahaja berperanan sebagai Raja tetapi juga sebagai Hakim yang adil dengan menemuduga satu persatu wakil-wakil rakyat yang tidak lagi dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Setelah berpuas hati barulah baginda melaksanakan peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Tun Perak yang menasihatkan Raja, tetapi di negeri Perak, Sultan yang menasihatkan Nizar supaya menjaga kepentingan Agama, Raja dan Bangsa. Bukankah Nizar yang membuka laluan kepada kaum lain bagi meratah kepentingan bangsanya.

Baginda sudah mengingatkan Nizar berkali-kali supaya menjaga kepentingan tersebut, tetapi
demi kepentingan sokongan kerusi dari bukan Melayu, khususnya DAP, maka Nizar membuka segala-galanya dengan sombong dan wajah yang angkuh. Peringatan Sultan langsung tidak diindahkan. Bagi PKR, nama kalimah ‘Allah’ pun boleh diperkongsi oleh agama-agama lain. (Memang benar bahawa Bekas Mufti Perlis menyatakan bahawa tidak salah untuk agama lain menggunakan kalimah ini, tpi cuba kembali kepada apa yang diperbincangkan dengan Mufti Perak, sebenarnya mentaliti rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerimanya)


Nizar bukan Tun Perak, kerana Tun Perak adalah merupakan Bendahara Paduka Raja yang setia, pintar dan menjadi penasihat yang dihormati oleh Rajanya. Tun Perak bertanggungjawab melindungi kepentingan baginda dan rakyat daripada pelbagai ancaman dan fitnah. Sedangkan Nizar seorang yang ingkar terhadap perintah Raja dan membenarkan pihak luar menderhaka kepada Raja hanya kerana kepentingan peribadinya terhakis.

Jika Tun Perak disuruh meletakkan jawatan sebagai Bendahara Raja maka beliau pasti akan berbuat demikian. Dia lebih sayang kepada Hang Tuah daripada dirinya sendiri. Sebab Hang Tuah adalah simbol pertahanan dan kekuatan negara.

Sebaliknya, Nizar ingkar dan menubuhkan kerajaan pasola di bawah pokok di Negeri Pasir Berdengung. Bila Nizar ‘mohon sembah derhaka’ maka beliau telah membuka pintu untuk kaum-kaum minoriti terutama Karpal Singh untuk menyaman Sultan Azlan ke mahkamah. DSAI kata itu merupakan hak demokrasi yang harus dihormati.

Kesimpulannya, di Perak, Raja yang melindungi dan menasihati Nizar. Sultan Azlan adalah Raja dan sekali gus berperanan sebagai Tun Perak dari segi pandangan jauh, ilmu dan kecerdikannya yang umum mengetahui.

Melaka jatuh di tangan Portugis kerana pengkhianatan dari dalaman. Jika Perak jatuh ketangan orang lain dan rakyat tidak lagi hormat kepada Raja, maka ia adalah akibat dari slogan kedaulatan rakyat yang secara halus menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu yang ditaja oleh DSAI. Apakah kita sudah bersedia untuk menerima konsep Malaysian Malaysia yang lama diimpikan dan diperjuangkan oleh DAP selama ini?

Sebenarnya jika mengikut Hukum Kanun Melaka, mereka yang derhaka dan khianat kepada Raja, bangsa dan agamanya, maka hukumannya…..sendiri carilah... mungkin dia suka kut hukuman tu. Fikir dan renungkan......


- Mr F 

Pucuk Politik Muda

Salam.
Saya membuka blog yang baru ini untuk memberi peluang kepada anak-anak muda agar memahami apa yang sedang berlaku di dalam arena politik negara. Ingin dimaklumkan bahawa, blog ini tidak membawa sebarang isu perkauman, namun ingin ditegaskan bahawa saya memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Sekiranya ada mana-mana yang tidak mempersetujui apa yang bakal di palitkan di dalam blog ini, anda dijemput keluar melalui tanda "X" di bahagian atas belah kanan blog ini.
Sekian.
-Mr F-