Monday, May 18, 2009

1 Sekolah untuk Semua


Oleh : Firdaus

Tahniah kepada KijangMas kerana memulakan kempen satu sekolah untuk semua. Semua pihak wajar menyokong kempen ini samaada pembangkang mahupun kerajaan. Jika benar laungan Malaysian Malaysia dan hak sama rata yang diperjuangkan oleh kaum pembangkang, mari kita sama-sama menandatangani petition yang akan diserahkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

Kepada pembaca, mari kita sama-sama mendatangani petition ini untuk kepentingan bersama. Buangkan segala sentimen-sentimen yang hanya mampu mengeruhkan keadaan. Jika benar rakyat Malaysia, tunjukkan keberanian anda menyokong kempen ini.

Tandatangan petition DI SINI.  Saya telah menandatangani petition ini : no 684.

Thursday, May 14, 2009

Politik Wang Dalam PAS??


Menjelang Muktamar Agung PAS, Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS.

Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ini menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya, pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit

Anwar dan Kebebasan Media

Oleh : Pokka

Anwar mahu bercakap soal kebebasan akhbar. Anwar memberi perutusan seempena hari kebebasan akhbar hari ini. Tulis Anwar:

Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.

Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.

Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.


Jika kita mahu menilai keterbukaan Anwar terhadap media massa maka eloklah kita membaca semula tulisan Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004:
"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.

Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.


Jika mahu pergi lebih jauh maka kita akan melihat bagaimana kebebasan media kepada Anwar Ibrahim ialah jika akhbar atau media bebas melaporkan atau menghentam apa sahaja atau sesiapa sahaja asalkan bukan dirinya.

Tanyalah orang seperti Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dan Datuk A Kadir Jasin apa erti kebebasan media jika Anwar berkuasa. Anwar secara jahat menggunakan wartawan dalam Utusan untuk menjatuhkan Zainuddin Maidin semasa beliau berada di luar negara.

Anwar tidak menyukai ZAM kerana Ketua Pengarang Utusan ini sering juga mengkritik tindak tanduk Anwar ketika itu. Selain itu ZAM juga dicop sebagai orang kuat Dr. Mahathir. Seseorang yang boleh merencatkan usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat. 

Mengambil kesempatan ZAM bercuti di luar negara, Anwar menggunakan rakan-rakan dalam Utusan untuk melaporkan berita palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad menolak diwawancara di dalam bahasa Melayu oleh televisyen Indonesia semasa Persidangan NAM.

Ini mewujudkan polemik besar ketika itu sehingga meleret kepada isu iklan dalam bahasa Inggeris dan lain-lain isu bahasa. Dr. Mahathir sendiri menulis menjawab tuduhan Utusan tersebut.

Anwar menjadi gergaji mata dua. Selain mengenakan ZAM, beliau juga menggunakan kekuatan politiknya untuk memuji Dr. Mahathir dan mendesak Ketua Pengarang Utusan ditukar kerana gagal mengawal akhbarnya dengan baik dalam isu bahasa Melayu ketika itu. Dr. Mahathir percaya, akhirnya ZAM dsingkirkan melalui kenaikan pangkat. Anwar diberi peluang mencari Ketua Pengarang baru. 

Jika Anwar percaya kepada kebebasan akhbar tentulah beliau melantik Timbalan Ketua Pengarang ketika itu untuk menjadi Ketua Pengarang. Sebaliknya ini tidak berlaku. Anwar membawa masuk rakan baiknya Johan Jaaffar yang tiada pengalaman dalam bidang kewartawan untuk menjadi Ketua Pengarang yang baru. 

Johan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ditawarkan gaji dan keisttimewaan yang jauh lebih besar daripada mana-mana Ketua Pengarang Utusan sebelum ini.

Anwar juga tidak dapat menerima kebebasan yang dinikmati oleh Datuk A. Kadir Jasin di Kumpulan The New Straits Times Press. Sebagai Ketua Pengarang Kumpulan, Kadir sekali sekala melemparkan pandangan dan kritikan kepada Anwar. Ini menimbulkan kemarahan Anwar. Anwar kemudian merencanakan perubahan struktur NSTP sehingga mengasingkan akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu. Ini bertujuan mengurangkan kuasa dan pengaruh Kadir Jasin dalam akhbar tersebut.

Selepas pengasingan tersebut Anwar menempatkan penyokong kuatnya, Datuk Ahmad Nazri Abdullah sebagai Ketua Pengarang Berita Harian dan penerbitan berbahasa Melayu NSTP. 

Kadir masih menulis dalam Berita Harian menggunakan nama Kunta Kinte dalam ruangan "Biar Putih Tulang." Namun apabila Kadir mengkritik satu polisi Anwar,ruangan beliau terus diarahkan tamat oleh Ahmad Nazri.

Banyak lagi contoh kebebasan media ala Anwar bin Ibrahim. Namun cukuplah untuk mengatakan bahawa sejak dahulu sehingga hari ini kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau.

Tuesday, May 12, 2009

Rayuan Berjaya

Oleh : Firdaus

Tahniah kerana rayuan yang dikemukakan di mahkamah rayuan berjaya. Saya mengharapkan agar sesuatu dapat berlaku. Sekurang-kurangnya, speaker dewan yang baru boleh memanggil sidang DUN tergempar bagi bagi menyingkirkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak BONEKA yang sah.

Rakyat Perak khususnya orang Melayu harus sedar akan kesan yang bakal mereka hadapi sekiranya Pilihanraya Baru Negeri Perak diadakan. Pembangkang Melayu pula khususnya lahir dari PAS tidak boleh sewenang-wenangnya menuntut sesuatu yang bisa mencabar kewibawaan and keistimewaan orang Melayu.

Perlu diingat, stategi yang dimainkan pihak DAP amat dasyat sekali. Mari imbas kembali apa yang terjadi selepas pilihanraya umum ke-12 tahun lalu. DAP memprotes kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar. Akhirnya, mereka terpaksa menerima DS Nizar sebagai MB dan menjadikan beliau sebagai BONEKA.

Tentu sekali pada kali ini mereka akan mengamalkan sikap yang lebih berhati-hati dalam meletak calon untuk bertanding. Saya meramalkan, DAP berkemungkinan besar akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu kerana seandainya pembangkang berjaya menawan kembali Perak, mereka tidak lagi memerlukan boneka dari PAS untuk memenuhi impian mereka.

Apapun, seandainya Pilihanraya berlaku, UMNO jangan gentar untuk berlawan. Dan pesanan untuk PAS, dapatkan sebanyak kawasan untuk bertanding. Andainya mana-mana parti kalah, biarlah kalah dengan maruah, dan bangkit dengan penuh gah, asalkan martabat bangsa dan agama dapat dipertahankan. Kepada pembaca, sedarlah, pilihan di tangan anda. Kita jangan hanya fikir untuk diri kita hari ini.

Fikirkan nasib anak-cucu kita di masa hadapan. Ingat, kita masih belum mampu untuk berdiri tegak sendiri. Ayat ini mungkin agak menyakitkan, namun itulah realitinya. (Saya akan ulas di dalam artikal seterusnya).

Sudah terhantuk, baru nak terngadah?

Monday, May 11, 2009

Kemenangan yang belum terjamin!

Oleh : Firdaus

Negara dikejutkan lagi dengan pengisytiharaan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mungkin ramai yang bersorak kegembiraan namun perlu diingat, Barisan Nasional masih mempunyai ruang untuk membuat semakan di Mahkamah Persekutuan dan juga membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. 

Cuba kita analisa kembali di dalam video-video yang memaparkan kisah perebutan kuasa di dalam ADUN Perak baru-baru ini. Lagak pembangkang khususnya. Cuba pembaca analisa siapakah yang sibuk mempertahankan kerusi Sivakumar di atas 'pentas'. Tidak kelihatan wajah Nizar, namun yang kelihatan hanyalah mereka-mereka yang tamakkan kuasa dan orang yang tidak menghormati Sultan. Saya tidak berminat untuk memberitahu siapa mereka, kerna anda sendiri mempunyai mata untuk memberi hujah. 

Lihat kembali post saya sebelum ini di dalam beberapa perenggan terakhir, adakah mereka-mereka yang mempertahankan Sivakumar adalah mewakili RAKYAT atau hanya mewakili 'kerabat' mereka atau diupah oleh negara pulau kecil yang cuba untuk merampas ekonomi negara kita? 

Kepada pembaca, khususnya kepada bangsa yang saya cintai (anda tau siapa yang saya maksudkan), fikir-fikirkan. Mungkin sekarang anda benar-benar mahukan perubahan. Jika benar, hayati kata-kata Nik Abduh di dalam post saya sebelum ini. Jangan kerna berdendam dan gilakan kuasa, maruah negara tergadai.


Thursday, May 7, 2009

Perebutan Jawatan dalam PAS

Oleh : Firdaus

Salam

Kritis politik Malaysia masih belum nampak akan berakhir. Sudah agak lama saya tidak update blog memandangkan kesibukan di antara pekerjaan - internship dan juga travel. Namun, kesibukan tidak bermakna untuk diri ini meninggalkan pentas politik yang telah lama terbuku di dalam hati. 

Perebutan Jawatan dalam PAS
Mengikuti perkembangan semasa dalam PAS, sebuah parti politik bagi orang Melayu bukanlah perkara yang janggal bagi diri saya. Namun, kini saya mempunyai sedikit luahan hati dan perkara yang terdetik di pikiran untuk dikongsi bersama pembaca. Umum mengetahui bahawa pihak Erdagon yang diketuai oleh Dato' Husam, bertembung dengan golongan Ulama di dalam PAS. Di dalam Muktamar yang bakal diadakan tidak lama lagi, Dato' Husam dan Mat Sabu bertegas untuk berlawan jawatan kedua tertinggi dalam PAS selepas presiden parti. 

Pada pendapat saya sendiri, golongan Erdagon ini adalah datangnya dari suku kaum DSAI a.k.a Mat Jenin. Perbezaannya adalah mereka lahir di dalam PAS tetapi bukanlah di dalam Projek Khinzir Rasaksa. Maafkan saya. Parti Keadilan Rakyat. PKR! 

Pada hemah saya, mereka sebenarnya adalah golongan yang sedang gilakan kuasa. Mungkin mereka berpendapat, bahawa satu hari nanti, mereka mampu menawan negara, jadi jawatan yang ada harus dirampas dengan sempurna. Siapa tahu, suatu hari nanti, mereka mampu menjadi timbalan perdana menteri di mana Mat Jenin bakal menjadi PM. Analisa ini di buat setelah mengikuti perkembangan semasa di dalam PAS sendiri. 

Namun, walaupun saya seorang ahli UMNO, saya tetap bersyukur kerana akhirnya, suara yang keluar daripada Tuk Guru Nik Aziz menamatkan riwayat kumpulan erdagon ini. Mereka perlu sedar, sejauh mana mereka mengikuti Mat Jenin yang sentiasa mempermainkan sentimen rakyat, akhirnya akan tumbang jua. 

Teringat saya dengan petikan dari anak kepada Nik Aziz, 

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama.

Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata-mata anda sudah jemu dengan makanan syurga.

Jadi, kepada mereka yang membaca, hayatilah kata-kata Nik Abduh ini. Ingin saya tegaskan sekali lagi, jika benar anda inginkan perubahan, janganlah menyokong PKR. Anda patut tahu siapa yang patut anda sokong. PKR hanyalah tempat bagi mereka yang tamakkan kuasa namun impian mereka tidak kesampaian. 

Kepada pembaca, janganlah anda sanggup menggadai maruah agama bangsa dan negara. Bagi saya, saya menyokong kerajaan perkongsian antara UMNO dan PAS. Saya tidak sanggup melihat negara saya tergadai dek kerna tamakkan kuasa oleh Mat Jenin yang merupakan pengkhianat bangsa sendiri. 



Tuesday, April 21, 2009

Bila Guan Eng Marah Anwar


Guan Eng dikatakan amat kecewa dan marah dengan sikap ‘lepas tangan’ dan ‘tidak peduli’ Anwar berkenaan kes politik PKR di Pulau Pinang. Guan Eng kecewa kerana dia sendiri hanya tahu Fairus letak jawatan melalui akhbar. Bayangkan, dengan kerjasama yang baik antara DAP-PKR sebelum ini, Guan Eng tetap bosan dan kecewa dengan politik Anwar. Sudahlah PKR bermasalah, Anwar sendiri buat macam tak tahu dan lepas tangan. Guan Eng memang kecewa.

Anwar dikhabarkan berada di luar Negara pada ketika ini. Baru sahaja diwawancara sebuah stesen antarabangsa mengenai politik Malaysia. Banggalah konon, bilamana dia dikatakan sebagai ‘the x factor’ kepada penyerlahan demokrasi di Malaysia. Keluar balik cerita mata lebam, tidur atas lantai, dipukul dan dihenyak. Bukannya ada modal lain pun. Itulah modal Anwar dari dulu. Cerita lama…tak pernah improve.

Kita faham, Guan Eng memerlukan segala bantuan dan pertolongan untuk memastikan kepimpinan Pulau Pinang akan kekal kepada DAP (Pakatan Rakyat) dalam pilihanraya akan datang. Setakat ini, agenda ketelusan dan pembersihan, tidak nampak sangat adanya ‘nanah’ di dalam kepimpinan BN lama di bawah Koh Tsu Koon. Koh tidak ada nampaknya menggunakan wang kerajaan Negeri untuk melawat Disneyland - atas alasan lawatan sambil belajar, mengenai ’sistem saliran’!!! Koh Tsu Koon masih penuh integriti.

Tanpa kelemahan penggunaan wang Disneyland dan penggunaan wang BALKIS dan agensi Kerajaan Negeri; Guan Eng hanya tinggal performance dan kemampuan pengurusan. Tidak ada yang lain. Kalau gagal juga, bererti dia mencari masalah. Setakat ini, PKR sedikitpun tidak membantu dan hanya lebih merosakkan imej DAP. Guan Eng hilang sabar.

Guan Eng menganggap kepimpinan di Pulau Pinang ini sangat ‘pertinent’ dalam menentukan kepimpinan ‘Cina’ yang mampu dan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jika kalangan pimpinan sendiri korup dan longgar disiplin - Guan Eng berhak berasa marah dan kecewa.

Anwar perlu kerja keras untuk memastikan Guan Eng akan kembali ‘hormat’ kepadanya seperti dahulu. Masalah Fairus dengan Zahrain Gemuk - perlu diselesaikan seberapa segera. Fairus dengan Zahrain, ini sama sahaja naik korupsinya. Tidak ada yang lebih baik dari yang satu lagi. Demikianlah buruknya PKR di Pulau Pinang.

Dalam keadaan imej parti dan kerajaan Pulau Pinang yang sedemikian ‘teruk’ sekalipun, Anwar masih mahu bermain dan bersikap tidak peduli. Sengaja, atau memang sudah tidak mampu mengawal anggota bawahan. Tersepit, antara kawan dan imej parti? Tersepit antara Fairus dan Zahrain?

Anwar mesti cepat turun ke bawah dan menyelesaikan segala macam ‘gawat politik’ di Pulau Pinang. Ya, mungkin BN tidak akan bertanding - tetapi imej dan pembawaan parti tetap rosak teruk dan tidak mampu lagi nak diperbaiki. Anwar pasti faham dengan keadaan ini.

p/s: cepat balik Pak Sheikh…

Kerajaan 16 September yg Gagal

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani suratuntuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.


Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran,  Dr. Puad Zarkashi  dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.


Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.


Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong  bagi mendapatkan persetujuan  melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.


Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr.Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..”


Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.


“I need more  Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.


Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat  Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.


Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sadar menandatangani surattersebut, jelasnya lagi.


Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.


Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah  di Selangor.


Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.


“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah civil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.


Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.


Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima talipon lagi daripada Dr. Rahim Ghous.


Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya signsurat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”. kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.


“Kalau saya sign, saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO di nobatkan”, tegas beliau lagi.


“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.


Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.


Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.


Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.


Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.


 

Tak Tumbuh Tak Melata

Letak Galah Dalam Padi

Tak Sungguh Kehendak Kita

Kehendak Allah Yang Jadi


-Mr F 

sumber

Wednesday, April 8, 2009

UMNO Penderhaka????

Salam.


Masih fresh lagi blog ni. Tapi saya masih ingin menyatakan apa yang menarik minat saya pada kali ini. Dulu tatkala UMNO menuduh Nizar sebagai penderhaka, imej tersebut terpalit kembali kepada UMNO kerana beberapa kisah yang amat mendukacitakan. Namun, apabila cerita-cerita yang dibawakan oleh seorang yang tamak kuasa (ditegaskan kembali) iaitu DSAI, dengan perjuangan atas nama rakyat, saya rasa terpanggil untuk memberikan peluang kepada semua pembaca mengenai kisah-kisah yang dibangkitkan.


a. Dikatakan Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 da membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau. Tindakan DOJ dianggap derhaka, mengapa Nizar yang membantah titah sultan pada era 2009 tidak membawa diri ke mana-mana pulau. Mungkin demi pangkat dan kuasa agaknya atau ada orang yang memainkan peranan di belakang beliau agar dipaksa meletak jawatan?


b. Pada tahun 1974, dikatakan Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal memegang jawatan hanya dua tahun sahaja. Namun, perjanjian ini tidak ditunaikan sehingga Sultan murka sehingga bernazar tidak mahu bercukur jambang. Perkara ini dimainkan oleh pembangkang menyatakan Tan Sri GJ adalah penderhaka. Namun tidakkah dapat kita samakan dengan Nizar perkara ini dengan apa yang berlaku di mana pembangkang bersetuju bahawa Sultan wajar mengetepikan TS GJ, namun Sultan Perak tidak boleh mengenepikan Nizar yang hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat Negeri Perak!


c. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, dikatakan Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Perkara ini juga hangat diperkatakan. Namun, mengapa tidak dinyatakan apa yang berlaku ketika itu. Adakah sengaja menyembunyikan fakta? Tidakkah pembaca tahu bahawa kritikan dibina kerana pihak istan memintak peruntukan melampau sehingga menjejaskan hak rakyat ketika itu. "Tuanku, perbendaharaan negeri sudah tidak cukup wang dan yang tinggal hanya untuk rakyat". Akhirnya, demi menghormati istana. Datuk Rahim meletak jawatan agar keadaan politik kembali stabil. Mengapa fakta ini disembunyikan? Nizar tidak mahu ambil contoh Datuk Rahim sebagai iktibar?


d. Kes paling hangat, pada tahun 1983, dikatakan UMNO mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengistiharaan darurat. Majlis Raja-raja menolak cadangan ini. Namun mari kita lihat kes a sehingga d. Itu adalah sebab-sebab mengapa perlembagaan dipinda. Perkara yang dirahsiakan lagi, tidakkan pembaca tahu bahawa sewaktu usul ini dibawakan, semua parti termasuk PAS meluluskan usul ini sebulat suara. Siapakah pemimpin mereka ketika ini? Tanyalah mereka!


e. Dikatakan pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, perwakilan meminta supaya harta-harta raja Melayu disiasat.Namun bukankah kehendak ini seiring dengan kelulusan pindaan perlembagaan 1983 yang di sokong PAS ketika itu??? DSAI tak nak jawab ke sedangkan DSAI adalah salah seorang yang menjadi pengundi bagi usul ini? Takutkan bayang-bayang sendiri ke?


f. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri Besar Perlis,dikatakan pembangkang sebagai derhaka. Kalau boikot dikira derhaka, tindakan membantah titah sultan macam yang Nizar buat pula mahu dinamakan apa? Pembela?

Fikir dan renung-renungkan.


- Mr F

Sumber

Kisah Tun Perak dan Raja

Katanya orang UMNO ni tak baca hikayat hang tuah. Kata ini diucapkan oleh seorang pemimpin parti pembangkang yang gila dan tamakkan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan rakyat demi kepentingan diri dan keluarga. Mari kita mengimbas kembali Hikayat Hang Tuah ni yang bergelar DSAI!

DSAI berkata dalam ceramahnya di Kg. Acheh, Bukit Gantang pada 19 Mac 2009 yang lalu bahawa Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bukan Hang Tuah atau Hang Jebat seperti yang digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah. Ini kerana Hang Tuah adalah seorang yang setia membuta tuli dengan dialog ‘pantang Melayu derhaka’ dan Hang Jebat seorang yang derhaka kepada raja dan membunuh rakyat jelata dengan slogannya ‘Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

Beliau menyamakan Nizar dengan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498) yang memainkan peranan sebagai penasihat kepada Raja. Ini bagi maksud
mempertahankan tindakan Nizar dan Karpal Singh untuk mencabar keputusan Sultan Azlan Shah dalam memilih kerajaan dan Menteri Besar yang baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya apabila Raja menitahkan Tun Perak supaya membunuh Laksamana Hang Tuah kerana difitnah berzina dengan gundek Raja, Bendahara Tun Perak telah bertindak menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Ini menyebabkan Hang Jebat mengamuk dan derhaka kepada Raja dengan menduduki istana, berzina dengan gundek Raja, termasuk Dang Anum serta membunuh rakyat jelata.

Raja kemudiannya bersedih hati dan menyesal kerana menitahkan Bendahara Tun Perak ‘membunuh’ Hang Tuah. Disinilah Bendahara Paduka Raja Tun Perak ‘mohon sembah derhaka’ kerana tidak melakukan titah seperti yang diarahkan. Hang Tuah keluar dari penyembunyian untuk membunuh saudaranya Hang Jebat.

‘Sembah derhaka’ inilah menurut DSAI yang dilakukan oleh Nizar kepada Sultan Perak apabila baginda menitahkan supaya Nizar meletakkan jawatan dan memilih Dr. Zambri Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru akibat Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri.

DSAI menyindir dan memperlekehkan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO yang yang hadir kononya tidak membaca Hikayat Hang Tuah. Menurutnya, orang yang menuduh Nizar sebagai derhaka kepada Raja adalah fitnah yang jahat.

Sebenarnya DSAI lah yang harus membaca kitab tersebut dengan teliti dan membuat kiasan yang tepat daripada membuat perbandingan-perbandingan yang salah. Cerita beliau tidak lengkap.

Pertamanya, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak tidak tepat dibandingkan dengan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang ke 8 dan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) bukan merupakan Raja yang pintar dan cerdik seperti Sultan-sultan yang terdahulu daripadanya, seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda adalah merupakan sultan yang kejam dan zalim kepada rakyat. Ini terbukti seperti yang terdapat dalam syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang gagal itu.

Sultan Azlan adalah seorang Raja yang adil dan cukup tinggi ilmu serta pengalaman memerintah. Beliau adalah bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani dan dihormati baik dalam dan luar negara. Pendiriannya sering berkecuali dalam politik melainkan apabila baginda merasakan Bangsa dan Agamanya mulai terancam. Bukankah ini peranan yang harus dimainkan oleh seorang Raja sebagai pelindung kepada Bangsa dan Agama kaumnya.

Dalam krisis di Perak, Baginda bukan sahaja berperanan sebagai Raja tetapi juga sebagai Hakim yang adil dengan menemuduga satu persatu wakil-wakil rakyat yang tidak lagi dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Setelah berpuas hati barulah baginda melaksanakan peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Tun Perak yang menasihatkan Raja, tetapi di negeri Perak, Sultan yang menasihatkan Nizar supaya menjaga kepentingan Agama, Raja dan Bangsa. Bukankah Nizar yang membuka laluan kepada kaum lain bagi meratah kepentingan bangsanya.

Baginda sudah mengingatkan Nizar berkali-kali supaya menjaga kepentingan tersebut, tetapi
demi kepentingan sokongan kerusi dari bukan Melayu, khususnya DAP, maka Nizar membuka segala-galanya dengan sombong dan wajah yang angkuh. Peringatan Sultan langsung tidak diindahkan. Bagi PKR, nama kalimah ‘Allah’ pun boleh diperkongsi oleh agama-agama lain. (Memang benar bahawa Bekas Mufti Perlis menyatakan bahawa tidak salah untuk agama lain menggunakan kalimah ini, tpi cuba kembali kepada apa yang diperbincangkan dengan Mufti Perak, sebenarnya mentaliti rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerimanya)


Nizar bukan Tun Perak, kerana Tun Perak adalah merupakan Bendahara Paduka Raja yang setia, pintar dan menjadi penasihat yang dihormati oleh Rajanya. Tun Perak bertanggungjawab melindungi kepentingan baginda dan rakyat daripada pelbagai ancaman dan fitnah. Sedangkan Nizar seorang yang ingkar terhadap perintah Raja dan membenarkan pihak luar menderhaka kepada Raja hanya kerana kepentingan peribadinya terhakis.

Jika Tun Perak disuruh meletakkan jawatan sebagai Bendahara Raja maka beliau pasti akan berbuat demikian. Dia lebih sayang kepada Hang Tuah daripada dirinya sendiri. Sebab Hang Tuah adalah simbol pertahanan dan kekuatan negara.

Sebaliknya, Nizar ingkar dan menubuhkan kerajaan pasola di bawah pokok di Negeri Pasir Berdengung. Bila Nizar ‘mohon sembah derhaka’ maka beliau telah membuka pintu untuk kaum-kaum minoriti terutama Karpal Singh untuk menyaman Sultan Azlan ke mahkamah. DSAI kata itu merupakan hak demokrasi yang harus dihormati.

Kesimpulannya, di Perak, Raja yang melindungi dan menasihati Nizar. Sultan Azlan adalah Raja dan sekali gus berperanan sebagai Tun Perak dari segi pandangan jauh, ilmu dan kecerdikannya yang umum mengetahui.

Melaka jatuh di tangan Portugis kerana pengkhianatan dari dalaman. Jika Perak jatuh ketangan orang lain dan rakyat tidak lagi hormat kepada Raja, maka ia adalah akibat dari slogan kedaulatan rakyat yang secara halus menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu yang ditaja oleh DSAI. Apakah kita sudah bersedia untuk menerima konsep Malaysian Malaysia yang lama diimpikan dan diperjuangkan oleh DAP selama ini?

Sebenarnya jika mengikut Hukum Kanun Melaka, mereka yang derhaka dan khianat kepada Raja, bangsa dan agamanya, maka hukumannya…..sendiri carilah... mungkin dia suka kut hukuman tu. Fikir dan renungkan......


- Mr F 

Pucuk Politik Muda

Salam.
Saya membuka blog yang baru ini untuk memberi peluang kepada anak-anak muda agar memahami apa yang sedang berlaku di dalam arena politik negara. Ingin dimaklumkan bahawa, blog ini tidak membawa sebarang isu perkauman, namun ingin ditegaskan bahawa saya memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Sekiranya ada mana-mana yang tidak mempersetujui apa yang bakal di palitkan di dalam blog ini, anda dijemput keluar melalui tanda "X" di bahagian atas belah kanan blog ini.
Sekian.
-Mr F-