Monday, May 11, 2009

Kemenangan yang belum terjamin!

Oleh : Firdaus

Negara dikejutkan lagi dengan pengisytiharaan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mungkin ramai yang bersorak kegembiraan namun perlu diingat, Barisan Nasional masih mempunyai ruang untuk membuat semakan di Mahkamah Persekutuan dan juga membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. 

Cuba kita analisa kembali di dalam video-video yang memaparkan kisah perebutan kuasa di dalam ADUN Perak baru-baru ini. Lagak pembangkang khususnya. Cuba pembaca analisa siapakah yang sibuk mempertahankan kerusi Sivakumar di atas 'pentas'. Tidak kelihatan wajah Nizar, namun yang kelihatan hanyalah mereka-mereka yang tamakkan kuasa dan orang yang tidak menghormati Sultan. Saya tidak berminat untuk memberitahu siapa mereka, kerna anda sendiri mempunyai mata untuk memberi hujah. 

Lihat kembali post saya sebelum ini di dalam beberapa perenggan terakhir, adakah mereka-mereka yang mempertahankan Sivakumar adalah mewakili RAKYAT atau hanya mewakili 'kerabat' mereka atau diupah oleh negara pulau kecil yang cuba untuk merampas ekonomi negara kita? 

Kepada pembaca, khususnya kepada bangsa yang saya cintai (anda tau siapa yang saya maksudkan), fikir-fikirkan. Mungkin sekarang anda benar-benar mahukan perubahan. Jika benar, hayati kata-kata Nik Abduh di dalam post saya sebelum ini. Jangan kerna berdendam dan gilakan kuasa, maruah negara tergadai.


5 comments:

  1. keputusan tu membuat kan kuasa sultan boleh dicabar...btol tak?

    ReplyDelete
  2. Hurm,yup. Dalam kes ni, keputusan Sultan memang boleh dicabar. Bukan kuasa Sultan. Namun, Sultan telah bertindak dibawah beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Undang-Undang Negeri Perak.

    Peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya).

    Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

    Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
    MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
    Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

    Apa itu Fasal 18 (2) (b)

    *Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

    Jadi, asas yang ada skrang ckup kukuh. Harap mampu digunakan. Mungkin pemecatan MB Nizar tidak sah, namun andai wujud kerajaan pimpipanan pembangkang di Perak, ianya sungguh goyah dan dengan senang mampu diambil alih oleh Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Apa yang penting sekarang ialah MARUAH UMNO/BN di mata RAKYAT. Memang kita masih punyai majoriti di DUN Perak. Kalau ikut sifir 'mainan politik' memang SAH kita masih berkuasa. 31 lawan 28 tentulah 31 yang menang!
    BN perlu mulakan POLITIK BARU iaitu politik bermaruah!
    Pohon RESTU RAKYAT sekali lagi. Sama ada MENANG atau KALAH UMNO pasti kembali bermaruah kerana menyerahkan HAK kepada rakyat!UMNO/BN hanyalah wakil rakyat bukannya tuan!
    Sedarkah kita apa yang ada dalam FIKIRAN rakyat adalah kecurigaan. Mereka percaya yang ADUN PR diculik dan dipaksa sokong BN -biar pun 'dibohongi' oleh PR namun mereka percaya kepada pembohongan itu. Kita yang kuasai media tidak dipercayai RAKYAT. Aneh dan malang!
    Jadi biar pun kita takut KALAH kita mesti mulakan POLITIK BERMARUAH! Hari ini kita jatuh dengan bermaruah besok kita bangun dengan penuh kepuasan dan kemegahan!

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Benar kata saudara, biar kita jatuh dengan bermaruah, kerna besok kita bangun dengan penuh kepuasan dan kemegahan. Namun, jgn kerna mengharapkan kebangkitan yang tidak pasti, masa depan anak bangsa kita menjadi taruhan.

    Namun, seandainya ditakdirkan pilihanraya baru perlu diadakan,biarlah BN memilih wakil-wakil yang penuh bermaruah dan sentiasa mengikuti suara rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kite dpt lhat apabila keputusan smlm...Nizar segera hendak jumpa ngan sultan utk bubar dewan...ape ni...bkn nk pikir kemajuan Perak lebih2 lagi sekarang ramai yg menganggur...apelaaaa

    ReplyDelete