Monday, May 18, 2009
1 Sekolah untuk Semua
Friday, May 15, 2009
Thursday, May 14, 2009
Politik Wang Dalam PAS??
Anwar dan Kebebasan Media
Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.
Tuesday, May 12, 2009
Rayuan Berjaya
Monday, May 11, 2009
Kemenangan yang belum terjamin!
Thursday, May 7, 2009
Perebutan Jawatan dalam PAS
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama.
Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata-mata anda sudah jemu dengan makanan syurga.
Jadi, kepada mereka yang membaca, hayatilah kata-kata Nik Abduh ini. Ingin saya tegaskan sekali lagi, jika benar anda inginkan perubahan, janganlah menyokong PKR. Anda patut tahu siapa yang patut anda sokong. PKR hanyalah tempat bagi mereka yang tamakkan kuasa namun impian mereka tidak kesampaian.
Kepada pembaca, janganlah anda sanggup menggadai maruah agama bangsa dan negara. Bagi saya, saya menyokong kerajaan perkongsian antara UMNO dan PAS. Saya tidak sanggup melihat negara saya tergadai dek kerna tamakkan kuasa oleh Mat Jenin yang merupakan pengkhianat bangsa sendiri.